Pages

Saturday 4 February 2012

5 Tahun Akan Datang...

ASSALAMUALAIKUM....

Perancangan manusia,
Terlalu banyak yang ingin dirancang,
Terlalu banyak yang ingin dilaksanakan,
Terlalu banyak yang ingin dicapai...

Tapi sejauh mana kita mampu lakukan,
Pohon padaNYA,
Agar diberi kekuatan dan terus berusaha,
Untuk terus berjuang dijalanNYA...

Moga apa yang dirancang, dapat membawa kita lebih dekat padaNYA dan mendapat keredhaanNYA...

Dan setiap perancangan itu, hanyalah daripada hamba yang pada hakikatnya lemah dan banyak kekurangannya... Dan perancanganNYA jualah yang terbaik buat kita semua...

Kepada semua sahabat, terima kasih atas segalaanya dan maaf atas kesalahan yang pernah menimbulkan sakit di hati...

Maulidurrasul, Pesona Sebuah Cinta

Pada 15 FEBUARI 2012 Bersamaan 12 RABIULAWWAL 1433H umat Islam akan menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia, saat menjejak tanggal 12 Rabiulawal, setiap dari kita mula bersiap sedia menghadapi hari-hari yang dinanti. hari cuti umum!. Pada hari cuti umum ini, akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat merdu, bernasyid dan berceramah. Tidak akan ketinggalan walau satu tahun pun, upacara-upacara sebegini akan diadakan. Persoalannya, sejauhmanakah sambutan ini benar-benar bermakna pada kita?


Pengulangan dari tahun demi tahun mampu menjadikan sambutan ini sekadar satu upacara ritual yang harus dilaksanakan. Tidak menjadi masalah sekiranya kita hanya mengikut-ikut orang lain pada walnya dengan mengharapkan sebuah keikhlasan beribadah di hujungnya, tetapi amatlah merugikan kerana Maulidurrasul sebenarnya mampu menjadi satu ibadah cinta agung yang mampu mengundang pahala dan syafaat daripada Rasulullah tercinta. Menarik bukan? Tetapi, bagaimana pula caranya?
Segalanya bermula dengan sebuah kisah cinta. Setiap yang dilakukan menjadi lebih bermakna jika dihadiri dengan perasaan cinta. Dengan rasa cinta, kita tidak akan berkira walau sebanyak mana kudrat yang perlu kita gunakan untuk membuktikan sebuah nilai cinta pada insan tersayang. Pasti para pembaca sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak digemari, tetapi harus dilakukan juga atas dasar tanggungjawab. Cuba bandingkan dengan suatu perkara yang dilakukan dengan penuh rasa cinta, khas buat orang yang dicintai. Saat hadirnya cinta, yang susah jadi mudah, yang lama jadi sekejap, yang panas pun boleh menjadi sejuk. Inilah pesona dan penangan cinta.
Begitulah juga kita dengan Rasulullah S.A.W. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.

Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Mana mungkin kita gagal untuk jatuh cinta pada baginda?
Bukan setakat mencintai.. Setelah mencintai, pastinya jiwa menggesa untuk berkorban membuktikan cinta. Dengan cinta, lafaz \"Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah\" pastinya lebih bermakna. Kesaksian yang terkepil dengan satu amanah penyaksian misi dakwah Rasulullah yang harus diteruskan sudah tentu menjadi satu azam yang terpasak dalam jiwa. Bukan lagi menjadi sebuah tanggungjawab yang dirasakan terpaksa untuk dilangsaikan, tetapi sebagai satu bukti rasa cinta mengharapkan Rasulullah S.A.W turut mencintai kita,mencintai umat yang tegar menuntun perjalanan profesyen utama baginda, profesion seorang pendakwah.
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!

Setiap perkara sunat yang diperturunkan juga dapat dilakukan dengan penuh rasa ikhlas, tanpa sedikit pun rasa terbeban. Betapa indahnya kehidupan, apabila tertambahnya sebuah nilai agung yang membuatkan urusan dunia yang asalnya hambar, menjadi urusan akhirat yang akan dihitung ke Syurga. Bersukan bukan lagi sekadar menjadi pengisi masa terluang untuk bersuka-suka, tetapi sesuatu yang besar ertinya pada pemantapan kekuatan ummah apabila ianya disarankan oleh Rasulullah. Membahagiakan ahli keluarga dan jiran tetangga bkan lagi menjadi aksi-aksi sebuah akhlak asasi, tetapi sebuah tanggungjawab yang bernilai Syurga.
Dengan cinta inilah, seluruh kehidupan kita mempunyai roh sebuah kehidupan bernilai akhirat, sejajar dengan matlamat baginda didatangkan kepada umatnya, termasuklah kita, umat akhir zaman. Kedatangan baginda memberi sebuah sinar kehidupan, yang memperjelas jalan-jalan ke Syurga. Semestinya, pilihan berada di tangan kita. Mempertaruhkan sebuah ketaatan dengan satu keterpaksaan, atau menyulam ketaatan dengan sebuah keikhlasan rasa cinta? Tepuk dada tanya selera. Akhir kalam, ayuh kita risik-risikkan khabar jiwa kita semua.. Seistimewa manakah nilai sambutan keputeraan baginda pada tahun ini pada kita? juga.. seistimewa manakah baginda Rasulullah dalam 364 hari yang lainnya pada pada kita? Semoga  nanti di akhirat, semua diantara kita berjaya memenangi syafaat dan senyuman Raulullah..
Selamat menyulam cinta.
Eid Milad, Ya Rasulullah....
Kami merinduimu..

Wednesday 1 February 2012

KOLEKSI DUIT KERTAS DAN SYILING RINGGIT MALAYSIA BARU 2012

Seperti sedia maklum Bank Negara Malaysia baru sahaja memperkenalkan siri baru duit kertas dan duit syiling Malaysia. Duit syiling akan digunakan pada awal tahun 2012 dan manakala duit kertas pula akan digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas baru yang dikeluarkan adalah RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1. Bagi kategori wang syiling pula wang baru yang dikeluarkan dan akan berada di pasaran ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


Duit Malaysia baru
Bentuk dan corak duit syiling ini sangat berbeza dengan duit syiling sebelum ini. Perbezaan yang jelas adalah pada corak yang dipaparkan di belakang duit ini. Corak yang dilihat pada gambar ini kelihatan seperti corak batik.

new_banknotes
Wang baru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, kejaiban alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Gambar dibawah ini merupakan koleksi gambar wang terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.

01_RM100_bm

02_RM50_bm

03_RM20_bm

04_RM10_bm

05_RM5_bm

06_RM1_bm

Doa Untuk Elak Dari Terkena Santau

Bismillah Hillazi la yadurru.......TIGA KALI sebelum minum atau makan."
Bacalah ayat ini 3x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.

Doa sering kita dengar dan jumpa dalam kitab-kitab. Namun baca pantun ni juga:


Pecah kaca pecah gelas

Lepas baca jangan amal malas

Selamat beramal. Amin

Marilah Sama-Sama Kita Muhasabah Diri


  
















Assalamualaikum..peringatan buat diriku yang faqir dan dhaif.. serta hamba Allah yang mengunjungi blog cahaya-hatiku.....

  • MARI KITA BERUSHA mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.
  • MARI KITA BERUSAHA mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dari org yang dizalimi, membuat persediaan unutk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
  • MARI KITA BERUSHA membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yg dizalimi.
  • MARI KITA TINGGALKAN rdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • MARI KITA BERUSAHA menahan kemarahan, banyakkan berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • MARI KITA BERUSAHA membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • MARI KITA  menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • MARI KITA merasa redha kepada qadha’ ALLAH SWT, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • MARI KITA PERBANYAKKAN berselawat ke Rasullulah SAW, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH SWT
  • MARI KITA SAMA-SAMA mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
  • RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....